fbpx

Zamani Slam Mengaku Salah & Didenda RM5,500

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan pembantu peribadinya, Nur Juliana masing-masing didenda RM5, 500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah jenis heroin dan morfin di rumah di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, awal tahun ini.

BACA: Peguam Dan Keluarga Larang Pengurus Jumpa Zamani

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, dan pembantunya Nur Juliana Abdul Rani, 32, mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kedua tertuduh menjalani hukuman 18 bulan penjara jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan pindaan, penyanyi itu didakwa bersama-sama memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu.