fbpx

Peguam Dan Keluarga Larang Pengurus Jumpa Zamani

Pelik dengan tindakan keluarga dan juga peguam Zamani Slam, pihak pengurusannya, Johan Aziz, mendedahkan pihaknya kini dilarang untuk berjumpa penyanyi itu sejak dia mula mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah dan menanggap perkara tersebut adalah tidak adil.

BACA: Peguam Dedah Wang Zamani Dalam Bank Lesap

“Sejak Zamani menerima rawatan kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya melainkan keluarga dan peguamnya sahaja. Bagi saya tindakan itu tidak adil kerana sebagai wakil pengurusannya banyak perkara tentang kerjayanya”

“Ia termasuk urusan persembahan yang dipersetujui lebih awal perlu diselesaikan bagi mengelakkan masalah lain pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Terdahulu, abang kepada Zamani (Zulfazil) bersama peguam, Ahmad Zaharil dalam satu sidang media mendakwa penyanyi itu mengalami masalah kewangan serius selain memerlukan RM50,000 untuk melakukan pembedahan tulang belakang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, menurut Johan semua wang hasil persembahan pentas penyanyi akan dimasukkan terus ke akaun peribadinya dan Zamani mengetahui perkara itu malah pengurusnya ini juga dalam masa yang sama terbuka untuk berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik.

”Benda ini sebenarnya tidak perlu dihebohkan kepada media kerana pihak peguam dan keluarga boleh berjumpa terus dengan saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu tersebut. Saya tidak lari ke mana pun. Apa yang mereka buat sekarang hanya akan menambah malu bukan kepada pihak pengurusan tetapi Zamani sendiri”

“Dan sebab itu saya tidak berhasrat untuk menjelaskan secara lanjut berhubung dakwaan itu. Abang Zamani sepatutnya lebih tahu ke mana perginya semua wang Zamani,” katanya. (rtky/s)