fbpx

Ungku Ismail Kekok Berlakon Dengan Kekasih Orang

Semakin dikenali selepas membintangi drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail mengakui ada timbul perasaan kekok untuk berlakon adegan romantik bersama dengan pelakon wanita yang merupakan kekasih atau tunangan orang lain lebih lebih lagi menerusi drama tersebut.

Pelakon berusia 30 tahun itu bergandingan dengan pelakon Elizad Sharifuddin yang merupakan tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 April ini dan ramai berpendapat mereka berdua mempunyai chemistry yang lengkap di hadapan kamera.

BACA: Pelakon Utama Kongsi Rahsia Episod Akhir Teman Lelaki Upahan

“Saya tahu Elizad sudah punyai teman lelaki dan bakal kahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak romantis dengannya. Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail turut mengakui populariti yang beliau kecapi ketika ini memang bersifat sementara & yakin perhatian yang beliau raih selepas drama Teman Lelaki Upahan ini akan reda dengan sendirinya tidak lama lagi.

“Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu,” ujarnya kepada mStar Online baru baru ini. (rtky/m)