fbpx

Tiada Rezeki Hamil, Daphne Iking Idam Anak Angkat

Setelah setahun mencuba namun masih gagal mendapatkan anak, pengacara dan pelakon, Daphne Iking menyimpan keinginan untuk mengambil anak angkat malah perkara tersebut turut disokong oleh suaminya.

BACA: Daphne Iking Tawar Bantu Gadis Hamil Luar Nikah

“Selepas mendapat dua anak perempuan, saya berhasrat untuk tambah anak lagi. Sudah setahun saya cuba untuk mengandung tetapi tidak ada rezeki. Suami saya pula, selepas melihat saya menderita melahirkan anak kedua, dia macam kasihan untuk membenarkan saya mengandung lagi”

“Dia cakap jika saya mahu sangat anak, boleh ambil anak angkat, tetapi senarai yang menunggu untuk dapatkan anak angkat sangat panjang,” kata ibu kepada Isobel Daniella, 7, anak hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dan juga Iman Daniella, 4, buah hati bersama suaminya, Azmi Abdul Rahman.

Malah menurut Kosmo! Daphne juga sayu apabila mengingatkan kembali mengenai kisah bayi-bayi terbuang dan dikerat 15 cebisan anggota badan sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor pada Mei lalu.

“Saya bekerja dengan sebuah rumah kebajikan yang dapat membantu ibu-ibu ini. Bila saya tahu fasal kes potong bayi itu saya terus muat naik status dekat Facebook meminta wanita-wanita ini menghubungi saya”

“Selepas itu, ramai yang menghubungi saya,” katanya yang sudah membantu sebanyak 25 orang wanita yang mengandung anak luar nikah. Bagaimanapun niat murnit tersebut dalam masa yang sama turut dipandang serong sesetengah masyarakat.

“Ada yang beranggapan saya mengalu-alukan wanita mengandung di luar nikah. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu ke mana mahu pergi apabila disahkan mengandung anak luar nikah. Jadi, saya sekadar mahu membantu mereka,” katanya. (rtky/s)