Daphne Idam Anak Angkat, Mahu Bantu Wanita Mengandung Luar Nikah
Setelah setahun mencuba namun masih gagal mendapatkan anak, pengacara dan pelakon, Daphne Iking menyimpan keinginan untuk mengambil anak angkat malah perkara tersebut turut disokong oleh suaminya.
BACA: Daphne Iking Tawar Bantu Gadis Hamil Luar Nikah
“Selepas mendapat dua anak perempuan, saya berhasrat untuk tambah anak lagi. Sudah setahun saya cuba untuk mengandung tetapi tidak ada rezeki. Suami saya pula, selepas melihat saya menderita melahirkan anak kedua, dia macam kasihan untuk membenarkan saya mengandung lagi”
“Dia cakap jika saya mahu sangat anak, boleh ambil anak angkat, tetapi senarai yang menunggu untuk dapatkan anak angkat sangat panjang,” kata ibu kepada Isobel Daniella, 7, anak hasil daripada perkahwinannya sebelum ini dan juga Iman Daniella, 4, buah hati bersama suaminya, Azmi Abdul Rahman.
Malah menurut Kosmo! Daphne juga sayu apabila mengingatkan kembali mengenai kisah bayi-bayi terbuang dan dikerat 15 cebisan anggota badan sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor pada Mei lalu.
“Saya bekerja dengan sebuah rumah kebajikan yang dapat membantu ibu-ibu ini. Bila saya tahu fasal kes potong bayi itu saya terus muat naik status dekat Facebook meminta wanita-wanita ini menghubungi saya”
“Selepas itu, ramai yang menghubungi saya,” katanya yang sudah membantu sebanyak 25 orang wanita yang mengandung anak luar nikah. Bagaimanapun niat murnit tersebut dalam masa yang sama turut dipandang serong sesetengah masyarakat.
“Ada yang beranggapan saya mengalu-alukan wanita mengandung di luar nikah. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu ke mana mahu pergi apabila disahkan mengandung anak luar nikah. Jadi, saya sekadar mahu membantu mereka,” katanya. (rtky/s)
tq..kak tija cz bg mention i pasal zain. i x bukak blog ni bru bukak ..sian zain.. moga cepat sembuh. Rindu Zain !!!
“Lutut tak berapa nak kuat… tak boleh nak tunduk…” demikian penjelasan Datuk Rizal Mansor, pegawai kepada isteri perdana menteri berhubung sebuah video yang menunjukkan Rosmah Mansor dilayan seperti dongeng Cinderellah yang menjadi perhatian di media sosial… bersangka baiklh seme..
wahai daphne sory.. i x minat u..masuk islam tp mcm x jer..
menyampah dgr isu rosmah…eeeeeeeeee
begitu murni hati daphne ni. Cepat tersentuh dengan nasib malang anak2 yg menjadi mangsa kelibat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Memberi pertolongan kepada kaum wanita yang di aniaya sehingga terjerumus dgn masalah mengandung anak luar nikah adalah sesuatu usaha yg boleh di banggakan. Teruskan perjuangan anda dan beri lah pertolongan kpd insan 2 yang tidak bernasib baik. Moga dipermudahkan segala urusan anda demi menjaga orang2 yang ditimpa masaalah kearah kehidupan yang lebih normal dan tersusun.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Snipernetworker ialah sebuah laman web dibawah Syarikat Maxin Solution ( no pendaftaran SSM 001900762) Fungsi group ini adalah untuk kumpulkan semua usahawan online dan offline untuk tujuan berkongsi ilmu,idea dan sebagainya
Yuran keahlian snipernetworker hanya RM10 Yuran terus dibayar kepada Akaun Syarikat Maxin Solution. Jadi,tiada resiko penipuan,penaja larikan modal dan sebagainya
PENGIRAAN KOMISYEN
Tugas kita didalam snipernetworker hanya kenalkan 10 orang rakan anda 10 orang rakan anda akan menjadi LEVEL 1 anda
LEVEL 1: (10 ORANG) X RM2 =RM20
10 orang tadi kenalkan 10 rakan setiap seorang
LEVEL 2: (10×10 ORANG) X RM1 =RM100
dan begitu juga sterusnya
LEVEL 3: (10x10x10 ORANG) X RM2 =RM2000
LEVEL 4: (10,000 ORANG) X RM1 =RM10,000
LEVEL 5: (100,000 ORANG) X RM1 =RM100,000
info lanjut layari http://www.snipernetworker.com/4MI3
saya juga sokong dapne iking, saya juga mengalukan pada mereka yang mengandung luar nikah agar berikan anak pada mereka pada orang yang dapat berikan kasih sayang dan masa depan yang cerah pada anak tersebut.