TS: Aaron Aziz Makan Kek, Fasha Sandha Hafal Skrip, Tiz Zaqyah Atas Basikal & Kila Fairy

Anda perlu akui yang tajuk Twitter Selebriti kali ini sendiri sudah epik sifatnya — belum anda lihat isi kandungan entri ini lagi.

Kenapa Twitter Selebriti muncul di hujung minggu bukan’nya awal minggu seperti selalu — kerana anda semua akan sibuk dengan keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Isnin nanti untuk peduli.

Jadi, tanpa membuang masa hatta sedetik cuma, apa yang kita ada untuk edisi Twitter Selebriti kali ini? Kita ada aksi Aaron Aziz yang cuba menjadi comel bergambar bersama sepotong kek.

Kita juga ada gambar santai Yuna ketika zaman muda dan ketika beliau terima ang pao bersempena Tahun Baru Cina baru baru ini. Juga Fasha Sandha dengan imej kampung menghafal skrip. Enjoice!  Teruskan Membaca

Gambar: Kemesraan Mizz Nina Dan Noh Hujan Untuk Muka Hadapan Majalah WW

Maafkan kami jika kami katakan ini pertama kali kami dengar akan majalah bernama WW (Wanita Dan Wawasan). Mungkin kami bukan sasaran pembaca mereka. Heh.

Bersempena dengan bulan cinta yang konon’nya jatuh setiap bulan Februari 2012, maka majalah ini terbitkan isu khas cinta.

Dan, lebih menarik, WW tampilkan pasangan selebriti paling di’minati ramai, Mizz Nina dan Noh Hujan yang kini masih dalam fasa bulan madu perkahwinan. Eh.

Noh Hujan dalam gambar di’atas mengenakan persalinan mewah jenama Canali dan Mizz Nina anggun dalam persalinan dari Shanghai Tang di’atas sebuah katil mewah di hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk tatapan anda. Teruskan Membaca

Serius Fakta: Hujan Band Berasal Indonesia, Kata Penulis New Straits Times

Ya, tajuk entri ini meniru sebiji gaya Blog Serius. Dan, entri ini juga selayaknya duduk di’sini sebagai santapan ringan anda di’hujung minggu panjang ini.

Jika semalam pengumuman tarikh perkahwinan Yusry KRU & Lisa Surihani yang kami lakukan mendapat maklum balas yang agak kritis kerana typo tarikh, apa kurang’nya ‘typo epic‘ oleh New Straits Times ini.

Seorang penggiat di forum Lowyat, MZ Riders perasan akal satu artikel tulisan seorang penulis di akhbar New Sunday Times yang menulis Hujan sebagai sebuah band yang berasal dari Indonesia.

Predeep Nambiar menurut tentang Namewee yang akan kembali dengan filem kedua dan di’bintangi oleh Noh Hujan yang menurut beliau merupakan buah hati industri rock Indonesia. Hmm.

Noh Hujan Bakal Berlakon Dalam Telefilem Terbaru Erma Fatima?

Kenapa entri hari ini lambat keluar tidak seperti selalu? Kerana editor kami malam tadi kehilangan inspirasi untuk bekerja. That’s why. Alasan.

Perkhabaran tidak rasmi yang kami terima melalui Twitter ini boleh jadi berita baik untuk peminat telefilem Melayu & Noh Hujan sendiri.

Pengarah & penerbit ternama, Erma Fatima semalam mengumumkan melalui Twitter rasmi beliau yang sekarang ini produksi dalam proses memujuk Noh Hujan untuk berlakon buat pertama kali’nya secara rasmi.

Erma Fatima telah pun mempunyai tajuk telefilem tersebut — Keroncong Untuk Ana dan menurut beberapa kenyataan terakhir beliau, Noh Hujan masih belum bersetuju untuk memegang sebarang watak.

Mengikut respons peminat di Twitter, ramai di’antara mereka berminat untuk melihat Noh Hujan melangkah satu lagi tapak dalam kerjaya dengan muncul sebagai pelakon. Anda berminat?

TS: Noh Hujan Pakai Jaket Hello Kitty, Yuna Dan Sharifah Amani

Edisi pertama semalam nampaknya membuahkan hasil apabila tersenarai sebagai entri kedua paling popular dalam masa 24 jam lepas.

Kami terima itu sebagai approval dari anda semua untuk teruskan dengan edisi kedua. Seperti biasa kongsikan dengan rakan apa yang anda suka melalui Facebook atau Twitter.

Terima kasih kepada rakan kerjasama kami yang banyak membekalkan gambar selebriti dari Twitter mereka, SelebriTweets.

Edisi hari ini menampilkan Noh Hujan dalam persalinan jaket Hello Kitty, Yuna sebagai muka baru Olay Total Effects, Sharifah Amani ke konsert Yuna dan beberapa gambar lain. Enjoice! Teruskan Membaca

12