Noh Hujan & Mizz Nina baru sahaja pulang dari percutian bulan madu mereka ke Eropah & kepulauan Maldives. Mereka kongsikan video mereka di Youtube. Menarik untuk kita hayati pengalaman mereka.


Yang lebih menarik, selepas pulang dari percutian panjang itu, Noh Hujan & Mizz Nina terpaksa mengemas rumah kerana baju-baju perkahwinan mereka terletak merata-rata.

Ketika itu Noh Hujan baru sedar yang rupanya beliau & Mizz Nina banyak berganti persalinan sepanjang majlis resepsi mereka tempoh hari.

“Sampaikan kami terfikir, mungkin kena jual beberapa daripadanya kot,” gurau Noh Hujan kepada wartawan mStar Online.

Noh Hujan turut mengakui yang beliau gembira kerana Mizz Nina kini semakin pandai memasak walaupun sering mengambil ‘jalan selamat’ dalam menyediakan makanan.

Usaha yang bagus dari Mizz Nina dan selepas ini mungkin boleh tajamkan skill memasak makanan kegemaran Noh Hujan — ayam masak kicap dan sambal tumis.