Gambar: Para Pelakon Hantu Gangster Di Red Carpet Gala PremierePengarah, penyanyi dan pelakon yang penuh kontroversi sejak awal kemunculan beliau, Namewee kini tampil dengan filem kedua beliau selepas setahun kejayaan Nasi Lemak 2.0.

Hantu Gangster yang bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia hari ini merupakan taruhan kedua Namewee & berharap ia’nya di’terima rakyat Malaysia.


Tidak seperti tajuk’nya, Namewee berkata Hantu Gangster tidak mempromosikan budaya gangster untuk golongan muda tetapi lebih kepada semangat bersatu sebagai sebuah negara.

Semalam, berlangsungnya majlis tayangan perdana dan karpet merah untuk filem ini yang pastinya di’hadiri oleh pengarah, barisan pelakon utama, media dan para peminat terpilih.

Antara mereka yang hadir adalah Namewee, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato’ David Arumugam, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan juga Dato’ Jalaluddin Hassan.