fbpx

Noh Hujan Bakal Berlakon Dalam Telefilem Terbaru Erma Fatima?

Kenapa entri hari ini lambat keluar tidak seperti selalu? Kerana editor kami malam tadi kehilangan inspirasi untuk bekerja. That’s why. Alasan.

Perkhabaran tidak rasmi yang kami terima melalui Twitter ini boleh jadi berita baik untuk peminat telefilem Melayu & Noh Hujan sendiri.

Pengarah & penerbit ternama, Erma Fatima semalam mengumumkan melalui Twitter rasmi beliau yang sekarang ini produksi dalam proses memujuk Noh Hujan untuk berlakon buat pertama kali’nya secara rasmi.

Erma Fatima telah pun mempunyai tajuk telefilem tersebut — Keroncong Untuk Ana dan menurut beberapa kenyataan terakhir beliau, Noh Hujan masih belum bersetuju untuk memegang sebarang watak.

Mengikut respons peminat di Twitter, ramai di’antara mereka berminat untuk melihat Noh Hujan melangkah satu lagi tapak dalam kerjaya dengan muncul sebagai pelakon. Anda berminat?