fbpx

(Gossip) Noh Hujan Hanya Layan Anak Gadis VVIP, Lagak Playboy?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kami tahu kami akan di’hentam hebat oleh seisi studio KamarSeni apabila mereka membaca tentang gossip ini. Noh Hujan akan mula tulis lagu inspirasi dari gossip ini.

Al-kisahnya hari ini seorang penulis di KOSMO! menulis satu artikel ringkas tentang hubungan Noh Hujan & Mizz Nina (Teh Tarik Crew) yang di’katakan mula serius.

Rakan Noh Hujan, Hang Dimas menyatakan mereka berkolaborasi dalam sebuah lagu yang diterbitkan oleh Noh.

Dalam masa yang sama, peminat sudah mengetahui yang Mizz Nina merupakan anak kepada jutawan Tan Sri Azman Hashim.

Satu gossip yang timbul tentang gossip peribadi Noh Hujan ini, beliau pernah mengajak seorang gadis lain untuk keluar bersama ketika masih bersama teman wanita beliau sebelum ini.

Seorang peminat hiburan juga memberitahu yang Noh Hujan sekarang ini dalam pemerhatian pihak penguatkuasa agama Islam kerana di’laporkan sering tidur serumah dengan kekasih hati beliau.

Apabila Noh Hujan meningkat popular, nampaknya semakin ramai manusia mengaku mereka kenal akan diri Noh Hujan.

Yang tidak seronok’nya, cerita kurang enak & tidak membantu dalam karier mula timbul satu per satu. Noh Hujan, mahu jawab atau tidak?