Maafkan kami jika kami katakan ini pertama kali kami dengar akan majalah bernama WW (Wanita Dan Wawasan). Mungkin kami bukan sasaran pembaca mereka. Heh.

Bersempena dengan bulan cinta yang konon’nya jatuh setiap bulan Februari 2012, maka majalah ini terbitkan isu khas cinta.

Dan, lebih menarik, WW tampilkan pasangan selebriti paling di’minati ramai, Mizz Nina dan Noh Hujan yang kini masih dalam fasa bulan madu perkahwinan. Eh.

Noh Hujan dalam gambar di’atas mengenakan persalinan mewah jenama Canali dan Mizz Nina anggun dalam persalinan dari Shanghai Tang di’atas sebuah katil mewah di hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk tatapan anda.

Menurut deskripsi dari majalah WW, pasangan ini juga di’bekalkan dengan gadget mewah berupa telefon bimbit jenama Vertu bernilai lebih RM25,000 untuk di’gayakan bersama dalam sessi bergambar ini. Fuuu!