fbpx

Mizz Nina Rancang Karier Muzik Di USA & Lancar Album Penuh Takeover

Nampaknya Malaysia bakal ada lagi sebutir bintang yang menempa nama di bumi Amerika Syarikat. Selepas Zee Avi dan Yuna membina nama, Mizz Nina bakal mengambil giliran.

Ketika majlis pelancaran album penuh beliau, Takeover di Zouk hujung minggu lalu, Mizz Nina berkata yang beliau kini dalam perbincangan bersama Flo Rida untuk karier muzik di’sana.

Mizz Nina berhasrat untuk menerbitkan album penuh khas untuk pasaran USA di’bawah label muzik milik Flo Rida yang banyak menghasilkan nama nama besar industri hiburan.

Sebelum itu menurut Mizz Nina, beliau merancang untuk melancarkan album penuh Takeover ini di Asia terlebih dahulu & memikirkan pasaran seperti Thailand & Singapura.

Dalam majlis yang sama, Mizz Nina turut melancarkan 2 buah video muzik untuk dua buah single berjudul With You & Rentak Yang Sama yang di’tulis bersama Mizz Nina & Noh Hujan.