Video: Tiz Zaqyah Tunjuk Bakat Main Piano

Ini boleh jadi entri paling malas dalam sejarah penulisan kami kerana malam sudah larut dan kami agak keletihan setelah berada di’luar sepanjang hari.

Beberapa hari lalu Tiz Zaqyah kongsikan video di’atas yang di’ambil ketika masa rehat krew penggambaran drama Soffiya. Ada juga bakat Tiz Zaqyah yang lain’nya selain berlakon. Eh.

Gossip Ringan: Kami ada dengar daripada beberapa sumber yang Tiz Zaqyah kini semakin sukar untuk di’dekati — lebih lebih lagi pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan dari mulut empunya badan. Orang kata.

Tiz Zaqyah Akui Sedang Bercinta Dalam Cosmopolitan Oktober 2011?

Dua hari berturut dengan kisah Tiz Zaqyah, bukan kami rancang.

Mungkin masa memang sesuai ketika ini, drama terbaru Tiz Zaqyah pun baru bermula di TV3 semalam.

Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsi muka hadapan majalah Cosmopolitan di’sebelah (klik untuk tumbesaran sihat).

Ini merupakan pertama kali Tiz Zaqyah menjadi gadis penghias muka hadapan Cosmopolitan sejak bergelar aktress & selebriti. Dan, penampilan pertama ini tidak mengecewakan.

Mengenakan bandage dress berwarna merah jambu berjalur orange ala selebriti Hollywood, Tiz Zaqyah tampak lebih seksi dari kebiasaan. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian kami. Konon.

Tetapi ayat penarik di’muka hadapan memetik kata kata Tiz Zaqyah, “Yes, I’m dating Prince Charming” menimbulkan persoalan.

Adakah benar Tiz Zaqyah kini sedang hangat bercinta? Dapatkan naskah Cosmopolitan anda apabila ianya berada di’pasaran. Surprise!

Tiz Zaqyah: Saya Belum Pelajari Ilmu Kewangan, Boros Kerana Makan

Bukan mudah untuk kami bertemu dengan bintang muda, Tiz Zaqyah ini. Kali terakhir sekitar Oktober tahun lalu.

Terbaru berkaitan Tiz Zaqyah, gadis yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 23 bulan hadapan ini akan tampil dengan drama bersiri baru, Sofiyya.

Tiz Zaqyah dalam sessi bertemu media tidak segan silu mengakui diri’nya seorang yang boros jika berbelanja — lebih lebih lagi ke’arah makanan.

Pelakon yang mula menyinar melalui drama Nur Kasih ini berkata beliau suka membawa rakan rakan & membelanja mereka untuk makan bersama kerana itu membuatkan Tiz Zaqyah gembira.

“Saya masih muda rasanya — 22, bulan hadapan saya masuk 23. Dan, saya belum mula belajar apa apa ilmu pengurusan kewangan.”

“Saya seorang yang boros sebenarnya, terutamanya makanan. Saya akan bawa kawan kawan pergi makan dan gembira melihat kami semua bersama. Eh kita makan apa pagi tadi?” kata Tiz Zaqyah merujuk kepada pembantu peribadi beliau.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang duit itu penting dan bercadang untuk membeli harta & aset sebagai pelaburan masa hadapan. “Tapi kan, I masih mudalah. Iskk.”

Rindukan Tiz Zaqyah, tonton drama baru untuk slot Akasia berjudul Sofiyya bermula 7 malam hari ini di TV3. Gambar Tiz Zaqyah ketika sidang media petang semalam selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

TS: Noh Hujan Pakai Jaket Hello Kitty, Yuna Dan Sharifah Amani

Edisi pertama semalam nampaknya membuahkan hasil apabila tersenarai sebagai entri kedua paling popular dalam masa 24 jam lepas.

Kami terima itu sebagai approval dari anda semua untuk teruskan dengan edisi kedua. Seperti biasa kongsikan dengan rakan apa yang anda suka melalui Facebook atau Twitter.

Terima kasih kepada rakan kerjasama kami yang banyak membekalkan gambar selebriti dari Twitter mereka, SelebriTweets.

Edisi hari ini menampilkan Noh Hujan dalam persalinan jaket Hello Kitty, Yuna sebagai muka baru Olay Total Effects, Sharifah Amani ke konsert Yuna dan beberapa gambar lain. Enjoice! Teruskan Membaca

1234