Zahid AF Sahkan Kahwini Tengku Mardiana Tahun Ini, Belum Tetapkan Tarikh

Selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pembaca kami yang masih setia di’hadapan PC masing masing — dalam kata lain keluarlah lihat alam yang indah.

Ketika bertemu Zahid baru baru ini ketika sesi fotografi di konti Era FM, sempat kami ajukan soalan cepumas buat beliau yang sebelum ini di’gossipkan bakal berkahwin hujung 2011.

Cepat cepat Zahid bertanya mana kami dapat informasi tentang itu & mengatakan semua tidak benar sama sekali.

Namun, Zahid tidak lokek untuk berkongsi yang beliau dan kekasih, Tengku Nurul Mardiana sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga sekitar tahun 2012 ini tetapi masih belum ada tarikh yang ditetapkan.

Dua keping gambar yang anda lihat di’sebelah ini merupakan koleksi peribadi Zahid yang belum pernah di’paparkan di’mana mana dan mereka berdua boleh kita lihat sangat bahagia bersama.  Teruskan Membaca

Gossip: Zahid AF2 Rancang Kahwini Tengku Nurul Mardiana Hujung Tahun Ini?

Selingan, apa cerita sekitar pelancaran Festival Filem Malaysia ke 24 semalam? Dengar khabar ada anak seni yang mengamuk.

Maklumlah, ada keputusan yang di’katakan sangat berat sebelah hingga menimbulkan rasa kurang senang di’kalangan yang hadir — terlalu nampak politiknya.

Semalam ketika kami sedang elok melabuhkan kepala untuk tidur, panggilan telefon masuk dari seseorang untuk menyampaikan perkhabaran terbaru tentang juara Akademi Fantasia 2, Zahid.

Khabarnya, Zahid AF2 yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasih, Tengku Nurul Mardiana bakal menamatkan zaman bujang masing masing berkemungkinan hujung tahun ini. Teruskan Membaca

Sekali Lafaz, Noraniza Idris Kini Sah Bergelar Isteri Jeffri Hudi

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Noraniza Idris kini sah bergelar isteri kepada Jeffri Hudi.

Jeffri Hudi merupakan seorang duda yang bertugas sebagai bilal sebuah masjid di Singapura.

Pernikahan mereka berlangsung hari ini di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, Johor pukul 2 petang tadi.

Noraniza Idris menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 selain enam dulang hantaran & membalas kepada pihak lelaki sebanyak lima dulang hantaran.

Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini akan di’adakan di Dataran Plaza Angsana, Johor Bahru hari Sabtu ini.

Majlis mereka nanti akan di’adakan seiring dengan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011. via mStar Online.

Ezlynn Akhiri Zaman Bujang Bersama Lelaki Misteri November Ini

Entah berapa ramai dari anda yang masih ingat dengan Ezlynn, atau kenal sebenarnya siapa penyanyi bernama Ezlynn ini. Ya, sudah suam suam kuku.

Namun itu tidak menghalang kami untuk menulis tentan perkhabaran terbaru penyanyi yang pernah popular dengan single Hi Hi Bye Bye ini. Terlalu lama sepi tanpa berita.

Dalam temubual terbaru dengan Berita Harian, Ezlynn mendedahkan yang beliau tidak sabar menanti tarikh 11 November 2011 untuk menamatkan zaman bujang beliau.

Ezlynn yang kini berusia 30 tahun bakal muncul dengan filem baru Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit memegang watak Mon dan masih di’bawah arahan Mamat Khalid.

Apabila di’tujukan soalan tentang siapakah bakal suami beliau, Ezlynn enggan membuka mulut & meminta pihak media dan peminat menunggu sehingga sampai masa.

“Siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan,” ujar Ezlynn berkaitan identiti bakal suami.

Surat Ringkas Terbuka Buat Sharifah Amani & Kekasih Hati

Bukanlah surat sangat pun, tetapi lebih kepada suara prihatin kami terhadap aktress comel kesayangan kami, Sharifah Amani.

2,3 hari lepas, ada beberapa media elektronik & media cetak menulis tentang aksi mesra pasangan aktress ini bersama teman lelaki kesayangan, Gavin Stenthouse.

Tulisan pertama yang kami baca bercerita tentang Sharifah Amani yang tidak segan silu beraksi mesra berpelukan bersama teman lelaki di’hadapan ibu bapa.

Kami tahu ibu bapa anda tidak kisah, kami tahu ibu bapa anda sporting kerana sebelum ini pun, kisah yang sama terjadi kepada Sharifah Aleya.

Malam tadi, selepas berlangsungnya ABPBH 2009/20, sebuah media elektronik menulis sekali lagi tentang kemesraan luar biasa pasangan kekasih ini.

Jika media bercerita tentang Bung Mokhtar & Zizie Ezzete atau Datuk K & Siti Nurhaliza, kami tidak peduli sangat kerana mereka sudah berkahwin lama.

Tidak molek rasanya kalau aktress yang agak melekat dengan imej filem artistik ala 1Malaysia ini mengikut gaya hidup teman lelaki beliau.

Mungkin ada yang kata biarlah apa yang beliau buat, asal mereka bahagia & tidak kacau orang lain. Benar, tetapi biarlah Sharifah Amani menjadi penamat kepada imej ‘keluarga tidak kisah’ ini.

Jika Sharifah Amani & teman lelaki berterusan begini, biar pun mereka berakhir dengan perkahwinan, tidak mustahil kisah yang sama akan berulang dengan Sharifah Aryana.

123