Besar Sungguh Sifat Kemaluan Datuk K: Majlis Kahwin Umie Aida Tertutup

Berita yang baru keluar ini menambahkan jelik kami terhadap berita perkahwinan Umie Aida & Datuk Khairuddin. Tetapi, ia’nya seronok untuk di’tulis.

Umie Aida selepas majlis pertunangan’nya malam tadi mengumumkan yang majlis perkahwinan beliau bersama Datuk K akan berlangsung dalam suasana tertutup.

Dalam majlis pertunangan yang di’hadiri hampir 200 orang dalam penthouse (bukan kondominium ya!) berharga RM4 juta, Umie Aida turut mengakui yang bakal suaminya seorang yang pemalu.

‘Mungkin ramai pihak menyangka dapat bertemu dengan Abang hari ini. Tapi bagi pihaknya saya minta maaf kerana dia tidak biasa. Lagipun dia seorang yang pemalu. Saya yakin dia akan tercungap-cungap bila dikerumuni wartawan”

Umie Aida juga awal-awal memberi peringatan supaya jangan sesiapa memanggil beliau dengan gelaran Datin. Erm, bukan itu yang anda mahukan Umie Aida?

(Gossip) Sharifah Sofea Bakal Kahwini Syed Ismail Tidak Lama Lagi

Sharifah Sofea Syed Ismail

Syed Ismail

Di’dalam gambar sebelah adalah Syed Ismail yang di’kaitkan dengan Sharifah Sofea, pelakon gebu Malaysia.

Seorang peminat hiburan memberikan info yang Sharifah Sofea akan menamatkan zaman bujang’nya tidak lama lagi dengan Syed Ismail.

Berikut adalah kata-kata yang di’dakwa keluar dari mulut Sofea sendiri.

Ok.. So.. Syed Ismail is my boyfriend.. We’ve been going out for about 2 months now and we intend to do so for a very long time.. He’s been the only thing on my mind that is keeping me sane and i cherish every thought of him, every moment with him, and everything we do together.. I Love Him“.

Betul atau tidak, tidak boleh kami sahkan kerana Sharifah Sofea perlu bersemuka dengan media untuk penjelasan. Jika benar, apa salahnya perkara elok begini di’percepatkan ‘kan?

Fasha Sandha Sah Kahwin Disember Depan: Bakal Suami Ahli Perniagaan Muda, Kacak & Bergaya

Fasha Sandha Kahwin

Berita ini di’sampaikan oleh Fasha Sandha ketika sambutan hari lahir beliau yang ke 25 baru baru ini.

Bakal suami yang bertuah itu khabarnya seorang ahli perniagaan yang tidak di’kenali & tidak pernah di’kaitakan dengan Fasha Sandha.

Lelaki itu juga katanya muda & kacak. Sampai masa, kata Fasha Sandha, beliau akan memperkenalkan ahli perniagaan tersebut kepada umum.

Majlis pertunangan akan di’adakan sebelum majlis pernikahan Disember nanti. Sama-samalah kita nantikan perkahwinan selebriti sensasi Malaysia ini.

Semoga berbahagia ye Fasha Sandha, jangan ada apa-apa gossip liar selepas ini.