Review Filem: Lagenda Budak Setan
June 3, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under News
Petang tadi kami berkesempatan untuk menonton filem Melayu terbaru di’pawagam — Lagenda Budak Setan.
Seperti semua sedia maklum, filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel terlaris sepanjang zaman dengan tajuk sama karya Ahadiat Akasyah.
Filem ini di’arahkan oleh Sharad Sharan yang turut mengarahkan filem Diva & Tipu Kiri Tipu Kanan. Untuk berlaku adil, kami mengakui kami tidak pernah tonton filem arahan Sharad Sharan sebelum ini.
Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan kami, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskan chemistry antara mereka berdua. Read more
(Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem
April 2, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under News, Videos

Okay mungkin kami blog hiburan terakhir menulis tentang adaptasi novel ini ke filem kerana sebelum ini projek ini nampak semacam tidak menarik perhatian.
Tidak lagi selepas kami tonton trailer ringkas yang di’keluarkan beberapa hari lalu & satu sebab kuat untuk kami pergi tonton, sinematografi yang cantik.
Filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, nama baru yang kami jangka bakal naik selepas ini, di’bintangi oleh nama-nama muda yang besar seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah & ramai lagi.
Melihatkan kepada trailer yang di’keluarkan, pengarah filem ini berjaya mengangkat mood novel ke layar perak dengan gerak kamera & permainan warna yang sangat tepat.
Kami bukan pakar filem, tetapi Lagenda Budak Setan mungkin akan jadi antara filem paling cantik tahun 2010. Yang terbaik? Kita tonton dahulu di’pawagam.
Trailer Lagenda Budak Setan selepas ini. Lakonan Lisa Surihani nampak ada peningkatan. Enjoice! Read more
Amaran Awal Dari Pengkritik: Jangan Tonton Duhai Si Pari Pari
January 3, 2010 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, News

Jika tanyakan kepada kami, ya kami belum tonton filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, namun liputan pertama media seakan memberi amaran.
Baru sebentar tadi, mStar Online mengeluarkan satu artikel seakan review yang melabelkan filem arahan Azmi Mohd Hata ini sebagai menyedihkan.
Filem yang sepatutnya masuk dalam genre komedi fantasi ini di’katakan ‘hancur’ dari segala segi — dari pengarah sehingga ke pelakon tambahan.
Artikel itu turut mempersoalkan tindakan Tayangan Unggul yang sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk filem bermutu rendah seperti Duhai Si Pari Pari.
Penulis seakan-akan dapat membaca strategi Tayangan Unggul yang mahu mencuba pasaran filem ‘low class’ yang selalu berjaya memungut kutipan tinggi.
Kesimpulan yang kami dapat selepas membaca artikel tersebut, niat kami untuk menonton telah terbunuh begitu sahaja. Mungkin DVD juga kami tidak akan beli.
Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari & Soundtrack Mirip ‘My Happy Ending’
November 20, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under News, Videos
‘Aku Tak Percaya Cinta’ sebelum ini di’katakan menciplak melodi lagu ‘Girlfriend’ milik Avril Lavigne.
Menonton trailer filem terbaru lakonan Liyana Jasmay ini, kami perasan ada lagu yang intro’nya sangat mirip dengan satu lagi lagu Avril Lavigne, My Happy Ending.
Dengarkan pada saat ke 30. Kami tidak tahu apa judul lagu ini & adakah Liyana Jasmay pemilik suara tersebut kerana tiada info tepat.
Berkenaan filem Duhai Si Pari Pari ini, ia di’arahkan oleh Azmi Mohd Hatta & mengangkat genre komedi romantik khayalan.
Duhai Si Pari Pari di’bintangi oleh Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak, Harun Salim Bachik. Turut di’bintangi oleh Datuk Aziz Satar, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil, Hans Isaac & Din Beramboi.
Filem ini akan menemui penonton pada 31 Disember 2009. Trailer Duhai Si Pari Pari selepas ini… Read more
(Gambar) Farid Kamil & Diana Danielle Layan Paintball Bersama
July 5, 2009 by RotiKaya Staff
Filed under Celebrities, Gossip, Photos

Diana Danielle sebelum ini mengakui yang beliau memang sedang berkawan rapat dengan Farid Kamil & gambar di’atas menceritakan segalanya.
Gambar di’atas adalah milik peribadi Diana Danielle & tidak dapat di’pastikan bilakah mereka pergi bermain paintball bersama.
Namun kemesraan dari pihak Farid Kamil memang terserlah. Kita tunggu sahaja perkembangan hubungan mereka. Jangan tumbuk Diana ya Farid?
Sumber: Forum Terhebat & Terulung Atas Muka Bumi, Cari. Terima kasih Johann.

