fbpx

Pierre Andre: Ya Saya Cemburu Dengan Syamsul Yusof Dan Farid Kamil

Sepatutnya kami menulis tentang Tiz Zaqyah ketika ini, namun atas kesilapan teknikal, niat terpaksa di’tangguhkan.

Tetapi kita ada Pierre Andre sebagai pengganti penulisan awal pagi kami ini. Kita layankan.

Malam tadi berlangsung sessi preview filem terbaru arahan & lakonan Pierre Andre bertajuk al-Hijab di Cineleisure, Mutiara Damansara.

Ketika bercakap kepada media selepas tayangan, Pierre Andre mengakui dirinya cemburu melihat bakat pengarah muda lain seperti Syamsul Yusof & Farid Kamil.

Menurut Pierre Andre, melihat rakan seperjuangan berjaya membawa filem arahan masing masing ke tahap tinggi dengan kutipan yang membanggakan membakar semangat beliau untuk mengarahkan filem baru.

“Farid Kamil berjaya kutip RM8 juta (Kongsi), Syamsul (Yusof) berjaya kaut lebih RM12 juta dengan KL Gangster — saya? RM5 juta, itu pun empat tahun lepas dengan filem seram.”

“Tetapi, saya tidak mahu hanya di’kenali dengan genre seram sahaja. Saya mahu menjadi mereka (Farid Kamil & Syamsul Yusof) yang boleh mengarah pelbagai genre filem,” kata Pierre Andre kepada media.

Filem seram al-Hijab merupakan filem pertama Pierre Andre bersama syarikat perfileman baru, Empat Samudera dan filem kedua bersama mereka bakal menyusul Februari 2012 berjudul Chantek, sebuah filem romantik komedi.