Petang tadi kami berkesempatan untuk menonton filem Melayu terbaru di’pawagam — Lagenda Budak Setan.

Seperti semua sedia maklum, filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel terlaris sepanjang zaman dengan tajuk sama karya Ahadiat Akasyah.


Filem ini di’arahkan oleh Sharad Sharan yang turut mengarahkan filem Diva & Tipu Kiri Tipu Kanan. Untuk berlaku adil, kami mengakui kami tidak pernah tonton filem arahan Sharad Sharan sebelum ini.

Mempertaruhkan hero tipikal masa kini, Farid Kamil & si manis kesukaan kami, Lisa Surihani, pengarah tidak begitu berjaya mencetuskan chemistry antara mereka berdua.

Walaupun banyak adegan yang menunjukkan keintiman mereka sebagai pasangan kekasih pada awal filem, namun Lisa Surihani nampaknya masih sedikit kaku ketika bersama Farid Kamil.



Ini bukan kali pertama mereka di’gandingkan sebagai hero & heroin namun Farid Kamil & Lisa Surihani perlu mencari lagi formula rahsia mereka untuk mencipta hubungan unik ketika di’depan kamera.

Kredit yang bagus patut di’berikan kepada Que Haidar yang berjaya membawakan Azmi dengan sangat berkesan & menimbulkan rasa meluat dalam hati penonton (kami sekurang-kurangnya).

Sebagai orang yang tidak membaca novel asal, kami menjangkakan yang filem ini akan di’iringi oleh dialog yang bersahaja walaupun dalam suasana rommantik, namun apa yang kami terima adalah ayat ayat cliché ala zaman 80’an.

Dari segi penyampaian cerita, pengarah berjaya menyusun babak untuk mudah di’fahami oleh semua yang menonton filem ini walau baru pertama kali terjun dalam dunia Lagenda Budak Setan.

Pembawa watak Ayu yang satu lagi Shiqin Kamal yang pertama kali berkalon filem (maafkan kami jika silap) agak kaku & kami seperti hilang fokus selepas gadis ini menggantikan Lisa Surihani.

Kepada yang anda ingin tahu, filem Lagenda Budak Setan ini akan ada kesinambungan’nya sepertimana novel asal. Filem susulan bakal membawa tajuk Katerina (lakonan Fazura).

Tonton atau tidak? Kami katakan berbaloi kerana filem ini ada kelainan dari filem tipikal Melayu biasanya. Kami beri 4/5 bintang.