fbpx

Diana Danielle Anggap Fesyen Satu Pembaziran, Bakal Keluar Single Baru

Orang Lembah Klang sebenarnya sudah baca artikel mStar Online ini sebulan yang lalu — jika mereka membeli The Sunday Star.

Hello Diana Danielle! Lama kami tidak menulis perkembangan terbaru Diana Danielle. Mahu tulis gossip pun tiada bahan, percintaan dengan Farid Kamil nampak tiada masalah. Me gusta!

Selepas membaca artikel di mStar Online, ianya menarik minat kami untuk highlight prinsip yang di’pegang oleh pelakon sensasi remaja ini — fesyen adalah satu pembaziran.

“Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarkan wang yang banyak.”

“Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem. Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran,” kata Diana Danielle.

Selain turut mengakui beliau seorang yang tidak pandai berfesyen, Diana Danielle juga turut mengimpikan memiliki perpustakaan mini di rumah sendiri kerana beliau seorang yang ‘gila buku’.

Diana Danielle bakal muncul dengan single terbaru berjudul Tak Pernah Ada tidak lama lagi. That’s all.