Hattan Nafi Gossip Bercerai Selepas Nikah 7 Hari, Tinggal Pesan Buat Zubir

“Kau jangan tanya salah soalan, aku sekarang memang tengah panas orang tulis macam macam cerita,” ujar Hattan membuka perbualan.

Lantas ligat bagai lipas kudung otak kami mengatur kembali soalan yang ingin kami ajukan berkaitan gossip negatif yang melanda rumahtangga Hattan & isteri, Farah.

Dan, Hattan menjawab penuh tenang, “Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,” Hattan membuka bicara tentang Zubir. Teruskan Membaca

Ezlynn Akhiri Zaman Bujang Bersama Lelaki Misteri November Ini

Entah berapa ramai dari anda yang masih ingat dengan Ezlynn, atau kenal sebenarnya siapa penyanyi bernama Ezlynn ini. Ya, sudah suam suam kuku.

Namun itu tidak menghalang kami untuk menulis tentan perkhabaran terbaru penyanyi yang pernah popular dengan single Hi Hi Bye Bye ini. Terlalu lama sepi tanpa berita.

Dalam temubual terbaru dengan Berita Harian, Ezlynn mendedahkan yang beliau tidak sabar menanti tarikh 11 November 2011 untuk menamatkan zaman bujang beliau.

Ezlynn yang kini berusia 30 tahun bakal muncul dengan filem baru Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit memegang watak Mon dan masih di’bawah arahan Mamat Khalid.

Apabila di’tujukan soalan tentang siapakah bakal suami beliau, Ezlynn enggan membuka mulut & meminta pihak media dan peminat menunggu sehingga sampai masa.

“Siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan,” ujar Ezlynn berkaitan identiti bakal suami.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

Pengurus Kena Sembur Kerana Tidak Tegur Zubir The King

Selalunya begini, jika ada masa Zubir tiada bahan sensasi dari dunia hiburan untuk di’tulis, pasti minggu itu akan ada individu di’cop sebagai kekwat.

Atas sebab apa? Sebab beliau tiada bahan & Zubir The King suka menulis perihal orang yang sibuk & tiada masa untuk menegur beliau.

Kisahnya begini, Liyana Jasmay sebelum ini banyak bergantung kepada ibunya untuk pengurusan aktiviti seni termasuk menemani dirinya ke mana-mana majlis.

Baru-baru ini, Liyana Jasmay hadir bersama seorang lelaki yang Zubir The King tidak kenal ke sessi fotografi Berita Harian.

Zubir mendakwa lelaki tersebut buat hal sendiri & tidak sedikit pun menegur diri beliau yang.. The King.

Seluruh umat manusia dalam bilik tersebut menegur beliau namun lelaki ini di’dakwa senyum pun tidak kepada diri beliau yang.. The King.

Ibu Liyana Jasmay sehari selepas itu menulis SMS kepada Zubir The King meminta maaf atas sikap pengurus tersebut.

Bosan sebenarnya kami setiap kali artikel seumpama ini keluar. Macam tiada cerita lain yang lebih berbaloi untuk di’tulis.

Kami fikir, ibu Liyana Jasmay just being nice with you Zubir. Sebab yalah, you ask them to be nice with you — kalau tidak, dengan ibu Liyana Jasmay sekali kena sembur agaknya.