fbpx

Akaun Twitter Digodam, Najwa Latif Nafi Kena Raba

Malam tahun baru yang lalu, Najwa Latif khabarnya telah mengirimkan satu status di akaun Twitter mengesali tindakan segelintir peserta himpunan TURUN di Dataran Merdeka yang bertindak liar dan ada yang ambil kesempatan meraba wanita.

Namun, status beliau itu telah disalah erti oleh mereka di Twitter dengan mengatakan yang Najwa Latif sendiri telah diraba peminat ketika mengadakan persembahan pada Konsert Ambang Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka baru baru ini.

“Sejujurnya tak ada apa berlaku. Saya ada bersama kakak & pengurus ketika konsert itu. Apabila selesai saja persembahan, kami terus masuk kereta dan pulang dengan selamat”

“Saya sendiri tak pasti & keliru bagaimana boleh timbul tuduhan itu. Benda ini mungkin berpunca daripada akaun Twitter saya kena godam dengan orang tak bertanggungjawab dan menyamar sebagai saya dengan memuat naik mesej kononnya saya kesal dengan apa berlaku malam tadi”

“Yang buat saya sedih dan kesal apabila segelintir peminat menghentam saya dengan kata-kata kesat kerana ‘tweet’ itu kerana mereka sangkakan ia adalah daripada saya. Padahal benda itu tak berlaku pun,” luah Najwa Latif kesal. (rtky/m)