Ketika berita Emma Ma’embong berpisah dengan teman lelaki awal Februari 2013 yang lalu, ramai peminat lelaki yang enjoice kerana aktress itu kembali solo — seperti mereka ada peluang besar. Heh.
Dua bulan berlalu, dalam satu temubual media Emma Ma’embong mengakui yang beliau masih berkawan baik dengan bekas teman lelaki beliau bernama Adli & rasa sayang itu masih ada.
“Emma masih kawan lagi dengan dia. Emma tak nak bermusuh dengan dia. Tipulah kalau saya kata sudah tidak ada lagi rasa sayang padanya. Lagipun hubungan kami dulu pun agak lama”
Lima tahun lamanya hubungan cinta mereka berdua bertaut sebelum ini dan Emma Ma’embong tidak mahu mengulas apa apa tentang kemungkinan mereka akan kembali bersama seeprti dulu.
“Tapi kalau nak kata peluang untuk kami bersama semula tu, sayaa tak boleh kata apa-apa. Itu semua terserah pada jodoh”, tambah beliau yang baru sahaja bergelar duta baru produk Silkygirl.