fbpx

Pengurus Kena Sembur Kerana Tidak Tegur Zubir The King

Selalunya begini, jika ada masa Zubir tiada bahan sensasi dari dunia hiburan untuk di’tulis, pasti minggu itu akan ada individu di’cop sebagai kekwat.

Atas sebab apa? Sebab beliau tiada bahan & Zubir The King suka menulis perihal orang yang sibuk & tiada masa untuk menegur beliau.

Kisahnya begini, Liyana Jasmay sebelum ini banyak bergantung kepada ibunya untuk pengurusan aktiviti seni termasuk menemani dirinya ke mana-mana majlis.

Baru-baru ini, Liyana Jasmay hadir bersama seorang lelaki yang Zubir The King tidak kenal ke sessi fotografi Berita Harian.

Zubir mendakwa lelaki tersebut buat hal sendiri & tidak sedikit pun menegur diri beliau yang.. The King.

Seluruh umat manusia dalam bilik tersebut menegur beliau namun lelaki ini di’dakwa senyum pun tidak kepada diri beliau yang.. The King.

Ibu Liyana Jasmay sehari selepas itu menulis SMS kepada Zubir The King meminta maaf atas sikap pengurus tersebut.

Bosan sebenarnya kami setiap kali artikel seumpama ini keluar. Macam tiada cerita lain yang lebih berbaloi untuk di’tulis.

Kami fikir, ibu Liyana Jasmay just being nice with you Zubir. Sebab yalah, you ask them to be nice with you — kalau tidak, dengan ibu Liyana Jasmay sekali kena sembur agaknya.