fbpx

Suami Ditangkap, Umie Aida Doakan Keselamatan

Malam semalam, suami kepada pelakon Umie Aida iaitu Datuk Khairuddin Abu Hassan telah pun ditangkap polis di kediaman mereka sendiri. Menurut peguam suami Umie Aida, Khairuddin telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.

BACA: 1MDB: Umie Aida Sanggup Berpisah Dengan Suami

Suami Ditangkap, Umie Aida Doakan Keselamatan - ROTIKAYA_in

“Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah,” kata Umie Aida kepada Malaysia Kini dan dalam masa yang sama turut mendoakan agar keselamatan suaminya terjaga ketika berada dalam tahanan tersebut melalui akaun Instagramnya.

Difahamkan Khairuddin ditangkap oleh para pegawai dari Bukit Aman. Malah Khairuddin dan juga peguamnya turut dilarang untuk meninggalkan negara ini.

Dia sepatutnya pergi ke Bukit Aman pada hari Isnin untuk disoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB. (rtky/s)