Umie Aida Setia Bersama Suami Hadapi Dugaan
Berdiri di atas nama kebenaran, pelakon Umie Aida sanggup berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jika suaminya itu belot dalam perjuangan berhubung isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Sukar Hamil, Umie Aida Mahu Ambil Anak Angkat
Jelas Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Umie Aida berbuat demikian bagi memastikan beliau tidak tunduk atau ‘termakan’ pelbagai habuan yang ditawarkan supaya menarik balik laporan yang dibuatnya sejak tahun lalu.
“Umie pernah kata kepada saya, jika ada sesiapa tawarkan kebendaan, wang ringgit dan sebagainya untuk saya tarik balik laporan polis dan kalau saya terima, mungkin dia akan tinggalkan saya”
“Selama saya terbabit dalam isu ini juga, isteri saya tidak pernah berhenti memberi semangat untuk saya teruskan perjuangan ini sampai selesai dan andai kata dia dapati saya belot atau lari daripada perjuangan ini, dia ugut akan tinggalkan saya,” kata Khairuddin mengulang kembali kata-kata Umie Aida sebelum ini kepada mStar Online.
Tambah Khairuddin, dia sangat bersyukur dengan perkara tersebut selain mengagumi kesetiaan Umie ketika ini yang tidak pernah henti menyokongnya dan sentiasa teguh bersama keluarga. (rtky/s)
Love ummi…semoga tabah dgn ujian yg datang .akak support kamu!
Love the spirit.harapnyaa tak kena ban dgn stesen tv lah nnt
Mula2 sy suspen dan cemas membaca tajuk ttg kak umie..tp bila sy baca sampai habis..sy nk ucapkan tahniah kpd kak umie ku syg..semoga allah s.w.t memberkati hidup kak umie sekeluarga..tahniah di atas perjuangan dan kebenaran utk rakyat..syabas kak
Semoga allah merahmati rumah tangga mereka.. Amiin..
Buat pertama kali aku rase kagum dgn retis mesia.hahahhaha.kipidap ummie aida.
Wayang lagi.
Syabas kak umie…ade lg artis yg teguh berdiri demi kebenaran…saya respek kak umie…berani kerana benar,takut kerana salah…demi rakyat malaysia
Bagus ummi. Salute!!
Terbaik…tahniah diatas kejujuran bersama untuk menegap kebenaran
Salam…
I love both of you kak umie and husban…
May Allah ease your destiny and we all support you…
#findatruthbehindscean1mdb
Cantikkk umie skrg….
Propah jer uols
Awak dah ready ke nak merangkak minta maaf dengan umie aida dekat padang masyar nanti? Saya doakan semoga Allah bukakan hati awak,ampunkan dosa awak,murahkan rezeki awak dan keluarga,semoga sentiasa gembira di jalan Allah :)
laki dia dah kena tangkap jumaat lepas…rumah diserbu 15 polis…itulah dulu dia yg buat buku 50 dalil knp anwar Ibrahim x blh jd PM…now polis lak tangkap dia…jahat akan dibalas jahat gak kan…x lama lagi ummie akan cari payung dato lain lah…dunia ni bulat….
Ya allah..orang2 islam ke yg cakap tak berlapik dan tak guna otak ni? Semoga allah ampunkan dosa2 awak semua. Amin.
lebih baik si isteri tak masuk campur hal politik suami…better be on the safe side.
1mdb kes biasa je. Tak de bukti pun. Ikut sgt tuduhan akhbar asing. Perlu ke laki dia nak report 1 dunia. Otak letak kat punggung. Tu israel lagi bunuh org islam. Beribu2. Tak de pun rakyat israel nak buat laporan polis satu dunia
Good umi…rasuah x buat u kaya…ingat tu
Halalkan makan minum saya, yang selalu datang rumah Datin Seri Paduka.. Dan Datuk Seri Paduka. Untuk ambil makanan dan minuman. Saya tak ada wang untuk membayar itu semua. Hanya Allah sebagai ganti bagi diri sebagai tempat untuk membalas segala kebaikan yang telah saya terima dari Datuk Dan Datin.