fbpx

Siti Saleha Tayang Teman Lelaki Di Instagram?

Jika sebelum ini, Siti Saleha pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mengelak untuk bercerita mengenai hal peribadi. Namun melalui muatnaik beberapa gambar di Instagram bersama insan terisitimewa baru-baru ini, ia bagaikan memberi pembayang bahawa pelakon ini sudah bersedia berkongsi kisah cinta.

BACA: Siti Saleha Elak Cerita Soal Peribadi Kerana Takut Dikecam

8- Siti Saleha Tayang Teman Lelaki Di Instagram - ROTIKAYA

Jelas perkara tersebut turut menimbulkan tanda tanya kepada peminat malah ada juga yang turut meluahkan rasa cemburu di ruangan komen. Sebab apa cemburu, kami tidak tahu. Sementara itu, pelakon ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada lelaki tersebut hanya kawan rapat atau teman lelaki.

Apa pun, jika benar Siti Saleha sudah bersedia untuk melangkah ke arah fasa yang lebih serius, pastinya peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. (rkty/s)