fbpx

Siti Saleha Elak Cerita Soal Peribadi Kerana Takut Dikecam

Kerana tidak mahu diri terus menjadi mangsa keyboard warrior, Siti Saleha membuat keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi hidupnya kepada umum. Baginya, tindakan itu sedikit sebanyak dapat mengelakkan dirinya daripada dihimpit dengan pelbagai kontorversi.

BACA: Siti Saleha Bahagia Dengan Kekasih Melayu

“Saya tidak terlalu banyak berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Saya hanya menjadi diri sendiri dan mengelak daripada terlalu berkongsi perkara berkenaan. Mungkin perjalanan hidup saya kelihatan agak membosankan, namun ia membawa kebaikan tersendiri”

“Saya cuba untuk tidak membuka ruang kepada pejuang papan kekunci untuk mencari salah saya. Saya bukan mahu dilihat eksklusif tetapi hanya menjadi diri sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung sikapnya yang tidak suka terlalu berkongsi perihal kehidupan peribadinya.

Terdahulu, Siti Saleha pernah mengakui bahawa sejujurnya beliau tidak suka terpalit dengan kontroversi murahan ketika membina kerjayanya didalam bidang seni. Ini kerana beliau percaya pada bakat yang dikurniakan Tuhan serta meletakkan dirinya untuk menjadi lebih eksklusif. (rkty/w)