fbpx

Shikin Maembong Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Dalam kemaskini terbaru di Facebook ayah kepada Shikin Maembong, Ismail Embong telah pun memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan isteri kepada Chef Riz itu kini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Chef Riz dalam satu kenyataan media pada Disember lalu telah melahirkan rasa gembira apabila isterinya itu telah hamil dua minggu selepas selamat bernikah pada 5 Disember.

BACA: Shikin Maembong Sah Hamil 2 Minggu, Chef Riz Bakal Bergelar Bapa

“Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru. Apa apapun ini rezeki yang diberi oleh Allah,” ujar Chef Riz sebelum ini.

Tahniah kami ucapkan buat Chef Riz dan Shikin Maembong sekeluarga. Semoga kehadiran orang baru ini akan lebih membahagiakan rumahtangga dan keluarga yang dibina. (rtky/m)