fbpx

Shikin Maembong Sah Hamil 2 Minggu, Chef Riz Bakal Bergelar Bapa

Masih baru rasanya kehangatan majlis pernikahan pasangan ini dan sehingga hari ini masih ada antara anda yang baru melihat galeri pernikahan pasangan Chef Riz & Shikin Maembong dan hari ini ada berita gembira yang disampaikan pasangan tersebut.

Chef Riz meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya, Shikin Maembong telah disahkan hamil dua minggu selepas menjalani pemeriksaan doktor baru baru ini.

BACA: Chef Riz, Shikin Maembong Kini Selamat Bergelar Suami Isteri

“Minggu lalu Shikin sering tidak sihat, lemah & kerap muntah. Hati saya terdetik adakah mungkin dia mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor sahkan mengandung”

“Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tidak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apa pun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur,” ujar Chef Riz kepada mStar Online.

Dalam masa yang sama, Chef Riz mengakui semenjak berkahwin kehidupannya semakin terurus & terasa perubahan untuk bekerja lebih kerasa lebih lebih lagi menantikan kelahiran anak sulung mereka kelak. Tahniah buat Chef Riz & Shikin Maembong sekeluarga! (rtky/m)