fbpx

Shaheizy Sam: Hati Berdebar Bila Bersama Fazura

Hero filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Shaheizy Sam berkata yang dia begitu berdebar apabila setiap kali memandang Fazura bagi melakonkan wataknya sebagai Nazmi dalam filem ini.

“Saya nak pandang mata dia pun susah. Secara jujurnya bila babak di mana saya perlu melamar Fazura menjadi kekasih itulah perkara yang paling mendebarkan dan begitu juga dialog yang saya mahu perkatakan padanya,” katanya bersahaja kepada media.

BACA: Nur Fazura Akui Menangis Tonton Babak Cinta Lakonan Sendiri

Menurut Sam, babak itu adalah perkara yang paling mencabar baginya dalam filem tersebut yang berlatarbelakangkan negara Turki. Menurutnya juga, pengarah filem ini, Bernard Chauly banyak memberikannnya tunjuk ajar dan membantunya dalam setiap babak yang dilakonkannya.

Bagi peminat-peminat yang sebelum ini pernah menonton filem berjudul Istanbul Aku Datang apa kata kalau anda semua menonton pula filem terbaru arahan Bernard Chauly iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Disember. (rtky/hfz)