fbpx

Di Sekitar Majlis Berinai Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu

Bakal melangsungkan persandingan pada hari ini, pasangan Siti Sarah dan juga Shuib Sepahtu turut mengadakan majlis berinai yang turut dihadiri oleh rakan rakan selebriti yang lain. Manis betul tengok gambar pasangan romantis ini.

BACA: Baru Keluar Hospital, Shuib Sepahtu Tetap Bersanding

Untuk pengetahuan anda, Shuib baru saja dikeluarkan dari hospita baru baru ini kerana mengalami tekanan darah rendah. Risau dengan kesihatan Shuib, Siti Sarah redha jika majlis persandingan tersebut tidak diadakan. Syukur Shuib telah sihat dan majlis persandingan akan berjalan seperti dirancang.

Tujuan majlis persandingan ini diadakan adalah kerana Shuib memegang janji pada Siti Sarah bahawa mereka akan mengadakan majlis persandingan jika sudah berkemampuan.

“Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah. Apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan”

“Walaupun agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan bermakna,” kata Shuib sebelum ini kepada Utusan Online. Apa pun, kami kongsikan beberapa keping gambar sepannjang majlis tersebut berlangsung. Enjoice!

Gambar Ihsan: Dahlia Production