fbpx

Shuib Sepahtu, Siti Sarah Bakal Bersanding

Memang jarang sekali mendengar orang menyambut ulangtahun perkahwinan dengan bersanding. Bertuah Siti Sarah apabila menerima hadiah persandingan dari suami tercinta, Shuib Sepahtu sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam. Majlis persandingan beserta resepsi itu akan diadakan buat pertama kalinya pada 26 Febuari ini.

BACA: “Saya Tak Pernah Pandang Shuib Kerana Harta”

“Waktu kami kahwin enam tahun lepas, saya tidak cukup wang untuk majlis kenduri dan bersanding. Yang saya mampu buat hanyalah majlis akad nikah. Apabila sudah punya wang sedikit, saya mahu tunaikan janji saya kepada Sarah untuk mengadakan majlis persandingan. Walaupun agak lewat dan sudah punya tiga anak, tapi ia lebih indah dan bermakna”

“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah. Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” katanya kepada Utusan Online mengenai berita persandingan itu.

Walaupun sesetengah pihak menganggap ianya terlalu lewat, tetapi Shuib tidak kisah dikecam kerana keputusan untuk bersanding itu adalah bagi menghargai isterinya yang selama ini setia bersama dalam keadaan susah dan senang. Untuk pengetahun, Majlis persandingan itu akan diadakan di Bora Ombak Marina dengan jemputan seramai 600 orang. (rtky/w)