fbpx

“Saya & Neelofa Masih Keluar Bersama”

Bagi peminat yang mahukan pasangan ini bersatu, anda mungkin boleh tersenyum lebar kini apabila Fattah Amin mengakui bahawa dirinya dan Neelofa sering berhubung antara satu sama lain walaupun drama lakonan hebat mereka, Suri Hati Mr Pilot selesai ditayangkan. Tambahnya lagi, mereka juga sering berhubung melalui panggilan telefon serta di laman sosial.

BACA: “Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta”

“Saya masih lagi berhubungan dengan Lofa dan kami rapat. Saya akui, kami juga keluar bersama-sama. Bulan depan juga kami akan akan terbang ke Brunei untuk menjayakan majlis bertemu peminat drama Suri Hati Mr Pilot. Saya bersyukur kerana walaupun drama ini sudah tamat, sambutan hangat masih berterusan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keterujaan peminat melihat kemesraan mereka di kala mempromosikan drama terbabit, selain berharap mereka benar-benar bercinta, Fattah hanya tersenyum malu mendengarnya. Tambahnya, beliau tidak mampu memberikan komen lanjut, cukup hanya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa menentukannya.

Dalam masa yang sama, Fattah dan Neelofa juga kini sibuk menghadiri majlis bersama-sama berikutan drama terbabit yang masih hangat diperkatakan. Malah pada ketika ini juga, masih banyak majlis-majlis undangan dan beberapa acara lain untuk bertemu peminat drama bersiri terbabit sedang diaturkan oleh pihak produksi, dan ia termasuk di Brunei. (rkty/w)