fbpx

“Neelofa Dan Fattah Amin Memang Bercinta”

Kita semua tahu kini Neelofa sering memuatnaik gambar bersama Fattah Amin di Instagram kerana sedang terlibat dalam penggambaran drama. Bagaimanapun, perkara tersebut bukan sahaja menimbulkan tanda tanya kepada peminat malah pengarah drama tersebut memuji keserasian pasangan ini di lokasi penggambaran.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

BACA: Neelofa Rindu Beribadat Di Mekah

“Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya. Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat ‘memberi’ apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan”

“Kalau benar mereka bercinta, itu hak peribadi mereka. Tetapi, di dalam set saya, mereka memang benar-benar bercinta. Saya juga tidak sangka, Neelofa bukanlah seperti apa yang saya dengar daripada mulut orang,” jelas Michael Ang selaku pengarah drama Suri Hati Mr Pilot.

Apa pun, keserasian dan perkongsian gambar dan juga video pasangan ini di laman sosial sememangnya mampu melonjakkan lagi drama tersebut selain disokong kekuatan sokongan peminat kepada Neelofa. (rtky/s)