fbpx

Roslan Shah Sanggup Ulang Alik Demi Jaga Ibu

Demi kasih terhadap ibu, Roslah Shah sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura setiap minggu semata-mata mahu menjaga wanita yang bergelar ibu tersebut, lebih-lebih lagi ibunya itu.

BACA: Roslan Shah Akui Bakal Tamat Zaman Bujang

“Sejak ibu sakit kami adik-beradik bergilir-gilir menjaganya di sana. Dulu ada juga saya bercadang mahu mengambil pembantu rumah menjaga dia tetapi apabila difikirkan semula, untuk apa? Kami adik-beradik masih ada lagi kudrat untuk menguruskan makan pakai ibu”

“Dan sudah tentu ini masa yang paling sesuai untuk membalas budinya. Dulu masa kecil dia mandikan saya, sekarang saya pula yang mandikan dia dan pakaikan lampin pakai buang setiap kali pulang ke sana.
“Lepas mandi biasanya saya akan suap ibu makan dan berbual dengannya”

“Itu sahaja yang mampu saya lakukan selagi ada hayat,” jelas Roslan yang turut berniaga di bazar Ramadan ketika bulan mulia ini kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, walaupun dia harus mengeluarkan belanja besar untuk berulang alik, namun dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai masalah kepadanya.

“Ini juga salah satu kegembiraan buat saya. Apabila kita berhabis wang ringgit untuk menjaga orang tua, insya-Allah rezeki lain akan datang. Rezeki Allah luas dan hanya kita sahaja perlu berusaha,” tambahnya. (rtky/s)