fbpx

Mungkin kami yang terlambat tahu akan perkara ini tetapi ianya menarik — Roslan Shah mengakui yang beliau merancang untuk menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

Namun, apabila di’ajukan pertanyaan siapakah calon isteri bertuah tersebut Roslan Shah mengambil keputusan untuk merahsiakan identitinya kerana pengalaman pada tahun 2004.

“Saya pernah bertunang tetapi sudah putus pada tahun 2004. Ketika itu saya terlampau mendedahkan bekas tunang kepada khalayak sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi”

Menceritakan sedikit tentang bakal isteri beliau itu, Roslan Shah berkata mereka sudah tiga tahun berkenalan & gadis itu berasal dari Kelantan.

“Dia adalah peminat saya dan kali pertama kami berjumpa, dia jemput saya datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya. Semenjak itu kami mula berhubung dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat,” ujar Roslan Shah kepada Kosmo! baru baru ini.