fbpx

Rani Kulup Bakal Cipta Lagu #Kipidap Bersama Radhi OAG

Jika sebelum ini aktivis Rani Kulup pernah diundang ke sebuah stesen radio, kini beliau akan turut sama merakamkan lagu bersama Radhi OAG dengan judul lagu yang kami rasa anda sudah dapat agak – Kipidap, sempena slogan yang sering menjadi sebutannya.

BACA: Rani Kulup & Uqasha Senrose Sertai Super Spontan

Lagu berkenaan yang bermotifkan motivasi dan berazam untuk melangkaui fahaman politik berpuak ini digubah oleh Neves Pretty Ugly dan juga Radhi OAG diiringi kumpulan muzik The Cekelat Cedap.

“Slogan kipidap diterima oleh semua penyokong politik tidak kira yang mana dan Rani Kulup adalah ikon. Projek ini suatu eskapisme untuk kita bertenang setelah serabut dengan kerenah politik,” ujar Amad yang juga pengurus produksi untuk single itu.

CD single lagu berkenaan akan dijual dalam bentuk pakej bersama komik, juga bertajuk Kipidap dan pastinya Rani Kulup akan diangkat sebagai hero di dalam komik tersebut. Tiada perkara lain yang kami dapat katakan kepada kerjasama ini selain – #kipidap dan #dongibab. (rtky/s)