Rani Kulup, Uqasha Senrose Sertai Super Spontan Musim Terbaru
Siapa sangka, progeam komedi yang seringkali menampilkan wajah pelawak kini turut mengundang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan juga Uqasha Senrose sebagai peserta rancangan tersebut. Rani Kulup? Biar betul?
BACA: Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Kini Dilamun Cinta?
Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim sebelum ini.
“Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan. Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak”
“Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini. Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.
“Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti,” katanya kepada mStar Online. Kami pun tidak tahu mahu cakap apa lagi. Majulah industri komedi Malaysia demi kesejahteraan negara yang gilang gemilang dan aman makmur. (rtky/s)
jemputla sekali fara mendoza jd artis undangan.aku minat dia!tegak btul btg ni skrg!
cayalah ayah kipidap…ramai yg akan undi ayah takut masuk list repot polis
kelako ker ayahanda lop ni??
#Jilakee
#kipidap
menjana pendapatan sampingan. x perlu modal.
http://www.clixsense.com/?7897583
super spontan satu program yang ceria dan tidak membosankan.. tambah lagi kalau ada zizan, kelakar.
kau ni zaman bila nk zizang lg ..zizan dh tk best lh .. nk bt tmbah kontroversi je
tah apa-apa tah!! nak bersukaria sahaja!
stop making stupid people famous!
Patut ngn diva AA…baru letuppp.
Kipidap …..kipidap
Kipidap ayah….korang jgn kalahkn ayah, nnt papa pegi report….
rancangan buang masa,buang karan
lepas ni jgn lupa amik ahmad maslan plak
habislar kalau ayah kalah mesti dia buat report polis..hehe