fbpx

Peminat Kritik Chef Wan Muat Naik Gambar Separuh Bogel

Hari ini melalui ruangan Diva Interaktif di akhbar Kosmo!, Chef Wan khabarnya telah memuatnaik sekeping foto sewaktu zaman mudanya di Instagram yang diambil ketika berada di Pantai Cherating, Pahang sewaktu dia berusia 25 tahun dan masih bujang.

BACA: Chef Wan Selar Sikap Tamak Orang Melayu Di Bulan Puasa

Peminat Kritik Chef Wan Muat Naik Gambar Separuh Bogel - ROTIKAYA20150705_5494

Bagaimanapun, tindakan Chef Wan berkongsi gambar tersebut dalam masa yang sama turut membuatkan sesetengah peminatnya tidak berpuas hati kerana dia memperlihatkan tubuh badannya kepada khalayak, lebih-lebih lagi gambar tersebut dimuatnaik ketika bulan Ramadan.

Menurut Chef Wan di ruangan caption, dia sudah pun menjelaskan penampilan sedemikian adalah perkara biasa apabila bercuti di pantai. Namun, jika berpakaian sebegini hari ini, pasti menjadi bahan kutukan lebih-lebih lagi melibatkan golongan selebriti.

Kesimpulannya, siapa pun perlu lebih sensitif untuk memuatnaik gambar di laman sosial kerana kadang-kadang mungkin gambar yang dikongsikan tidak mudah diterima oleh sesetengah pihak dan bakal menimbulkan kontroversi. (rtky/s)