Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan


Oleh RotiKaya Staff pada
24 April 2014, 1:04AM

Malaysian Digest (23 April) — Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), tapi setidaknya anda pasti pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.

Menurut Nelydia Senrose mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu berikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

“Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel — kami dah berikan lakonan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.



Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar.

Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.



Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja ‘menayangkan’ momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat. (rtky/fr)


Komen & Lain-lain
43 komen untuk “Nelydia Senrose Akui Adegan Intim Bersama Sharnaaz Ahmad Keterlaluan
  1. jane says:

    Saya jarang tengok drama melayu sebab takde feel langsung, macam drama farid kamil n tiz zakiah..dua2 out lakunannye….but drama BKATCinta ni…sharnaaz dan nelydia betul2 berjaya bawa watak masing2…i like it very much….saya tersentuh….thumbs up to both of them….. sharnaaz is a good actor, lakunan dia dlm drama mira sofea pon bagus, walaupon watak jahat tapi cara dia cinta sangat kat mira…betul2 berjaya ditonjolkan…

  2. aku genius says:

    Lawa n cun gilerrrrrrr nely dari neelofa!!!!!

  3. Ida says:

    Lain org lain pndpt,pada saya lakonan Tiz terbaik Dlm JIMK.

  4. Ida says:

    X follow drama ni x Suka aksi hero heroin yg over,geli!

  5. missBB says:

    Saye suke drama ni tapi babak romantic tu memang over and saye sangat tak setuju terpeluk2, nak hampir2 tercium..takde batsan langsung

  6. Za Iza says:

    saya memang mengikuti lakonan ni dari awal hingga akhir. lakonan sharnaaz & nelydia sangat berkesan…watak yang dilakonkan memang hidup..TAHNIAH..saya bagi 9/10 bintang..

  7. Ambo says:

    Nely mmg lebih lawa daaaannn yg paling penting mempunyai lakonan yg sgt bagus dr lopak! Itu baru namanye pelakon!!!

  8. zahira says:

    berdosa itu, sebagai yang bukan muhrim

  9. Olga says:

    Knp pelakon selalu menggunakan HADIS “kehendak pengarah, kehendak skrip, kehendak novel”???
    bila menjelaskan isu babak intim dlm drama?

  10. sally says:

    Tolong smpaikan mohon maaf sy terdetik kata kurang sopan bila tgk gmbr mereka ni. Sy merasa pihak produksi terlampau dlm membawa drama dgn aksi semi porno. Haram tetap haram. Kita sebagai org islam tumpang dpt saham dosa jika menggalakkan perlakuan begini di khalayak.

  11. cipot says:

    Dgr2 cam btl2 bcinta nely n shanazzz

  12. ciknottt says:

    Kalau dorang bercinta betul2pun mmg padan daripada si Qi yg lanjut usia tu..

  13. EH says:

    Kalau jd pelakon mmg tak salah eh berpeluk bagai? Alasan kehendak pengarah, kehendak script. Pengarah ko tu sape tuhan ke yg ko kene ikut? Yg betul2 Pengarah alam semesta ni ko tak ikut pulak. Tak takut? Alasan bodoh lah weh. Aku pon tak tgk cerita ni sebab geli.

    1. Kaisah says:

      Ehh bia la bukan kau yg tanggung dosa diorang…

  14. jane says:

    Yup…saya pon suka kalau mereka dua ni jadi couple betul2….

  15. jang na ra says:

    nelly..keterlaluan konon..bukan itu ke yg kau nak?

  16. whosebadsinbad says:

    aduh…dah namanya pelakon…klau tak nmpk real pun kena kutuk…dosa mmg dosa tapi dah kerja dia…naik bas, train langgar-2 pun dosa…ngok org cantik hensem seronok dlm hati pun dosa…kerja kita yg ngadap gossip ni pun ketek-ketek dosa jugak kan…pun kita buat jugak…tiam-tiam suah la…

  17. suria says:

    ermmm…caner nak cakap eyh…kita rase adegan berpeluk tu dosa n xleh diterima…tapi kalau nak ikutkan sehelai rambut, aurat2 lain, pegang2 tangan kenapa kite boleh terima pulak kan? bkn ke sama je dosa jugak… bkn golongan artis je yg sedeh lg menyedehkan skang ni..masyarakat kita ni pun sama je..

    tapi sampai ade yg cakap semi porno tu aku rasa mcm tak delah sampai mcm tu kot…

  18. aya says:

    Cite die best tp adegan trlalu romantis mybbkn sy xfollow cite ni. Cite ni xsesuai ditonton st family. Malu ngan mak ayah ngan adik2. Last2 xtgk terus.

  19. shila lalalala says:

    semenjak tengok cite ni, aku terus suka kt sharnaz.. nelydia pon comel je..

  20. asdasd says:

    kehendak novel diikutkan.. kehendak tuhan diabaikan..

  21. qinelysharnazbanned says:

    Mula2 suka je kau dgn qi nelu oi. Tp bila tgk cite dgn jebat kau ni terus meluat. Bila qi meroyan, kau tahu pulak nk block unblock block blk si sharnaz kt twitter, nely. Eloknye xpyh la dgn qi. Makin bdk2 aku tgk si qi lps dia bcinta dgn kau nely. Kau putus n pegi bcinta dgn jebat settle. Sharnaz pun sangap je nk yg cantik mcm kau.

  22. jaylo says:

    Jgn la bercakap terlampau byk jika nak mnmpkkan kejahilan tentang agama. Pi blajar tinggi ckit.tahap dosa tu pelbagai. Jgn sbb suka sgt tgk drama smpai nk pertikaikan fakta. Mmg berdosa x tutup aurat. Brape byk lg dosa nk tmbh dgn membela prkara mungkar? Kita hidup ni x lama. Elok la ingat mengingati. Sorry jika trlnggr lori.

  23. jue says:

    Kita harus positif, tugas sebagai pelakon biasela tuu…jgn banyak komen…kalau kite suka…suka…tapi kalau tak suka sudah……..tapi ape pun sharnaz.. nelydi terbaik……love u all.

  24. olala says:

    Aku suka sharnaaz n nely couple wei…terbaik!!

  25. nura says:

    nak juga ke qi dengan nelly ni selepas tengok dia berpeluk pelukan macam real. fikir2 lah untuk kebaikan kamu berdua

  26. perangai azab... says:

    HALAL HARAM BELASAH SJ… MCM SERONOK LAK KENA BELASAH KAT ALAM BARZAKH… BELUM LG DI PADG MASYAR… BELUM LG KAT NERAKA… PEGANG KHINZIR BOLEH SAMAK … PEGANG PELUK BKN MAHRAM … DOSA SNGT BESAR.. WAL IYA ZUBILLAH

  27. moskuloskeletal says:

    Penasihat syariah perlu bagi sesuatu produksi yang hendak menghasilkan drama atau filem.Lagipun negara kita agama rasminya agama Islam.

  28. apaponxbole says:

    best ker?????????…cite melayu jln cite lebih kuang ja….layan drama korea lagi bagos..
    bukn xsuka cite melayu xp sejak skang ni semoa jln cite sama ja…da bowink..

  29. Auntychom says:

    Tahniah pd sharnaaz Dan nely.bkn senang nk puaskan hati org.

  30. sayang says:

    tahniah shanaz dan Nelydia senrose best lakonan you all tak de nak komen apa2 memang bestt laaaaaaaaaaaa tapi sorry citer koreaaaaaaa tak minat lansung hehehehehehehe

  31. hannychenta says:

    sapa yg nak bangga citer korea tu.. org korea x heran citer malaysia .. bongok le baik sokong negara seniri.. ahahha pi jadi warga korea laa weii

  32. Shafiz says:

    Smua org pown adew dosa nyew sapew lah ktew nk hukum seseorg tu biarlah kubur masing2 dosa pown ktew masing2 tanggung jgak kan.=) apew2 ponw lakonan mereka b’dua mmang t’baek=p

  33. Kemay says:

    Kalo disebut pasal dosa…
    Setiap ary ad dosa yg dilakukan….
    Xkira artis atau sebaliknya…..
    Seringkali akn jd seperti ini….
    Sesetengah individu sering berfikiran negatif….
    Haram mmg tetap haram….
    Biarkanlah….cara mereka untuk mencari sesuap nasi…..
    Kalo rsa malu nk tgk…..xperlu tgk…..
    Xperlu bangkitkan isu berkaitan agama…kerana ia sering trjadi dek pemikiran org melayu

  34. muqkhairie says:

    apa masalah ko org ni ha…???suke ke tak ke..hak masing2 lah..tak yah nak kutuk2 bagai..lah…dah nama pelakon…biasa lah tu…adegan2 mcm tu…nak tengok…tengok..lah..tak nak tgk …jgn tgk..tgk tv al hijrah…or oasis…benggong..lah…

  35. one b aziz says:

    Hai banyak komen kat atas ni kawe baco ada suka ada yg x suka ini bermakna lakonan sharnaz dan nely menjadi apa pun aku hanya mampu cakap kamu berdua memang terbaik…aku Sokong!””

  36. erisa says:

    jangan rasa selesa sangat. Bawa-bawalah untuk rasa nak keluar dari zon selesa tu

  37. Aisy says:

    Berdasarkan drama2 n komen2 yg diberi…. sahlah…. Melayu ISLAM makin PARAH….

  38. peduli kau ap !! says:

    Hoii apasal korangg pulak yg panas sukahati dorang lah .. Memang nya dosa dorang kau tanggung kah ?? Kamu menghina ni kan kamu yg k’terlaluan !! Broo ingat kamu pun sma jakk sama boyprenggg t’gedikk2 pegang sana sini bole .. ?? Sedar diri sbelum ckap orng kamurang lagi teruk m’gumpat tak tentu pasal !! Tapi yg penting ad unsur agama :) bab intim2 tu peduli lah ..

  39. lat says:

    sukahati dorglah sgt.. tp masuk kubur nnt menyusahkan org lain pulak.. mau taknya hari2 dok bising dok kena bantai dgn malaikat dlm kubur tu…

  40. Ani Sunarti says:

    Tak dituruti kumati mama tak ku turuti ku mati bapa hejeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *