Malaysian Digest (23 April) — Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), tapi setidaknya anda pasti pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.

Menurut Nelydia Senrose mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu berikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak yang tertulis dalam novel asalnya.

“Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel — kami dah berikan lakonan yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar.

Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.

Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja ‘menayangkan’ momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat. (rtky/fr)