fbpx

Maya Karin Tidak Takut Sentuh Farid Kamil, Demi Kerja

Catatan luahan perasaan tidak puas hati oleh Diana Danielle terhadap Nora Danish baru-baru ini sikit pun tidak menimbulkan rasa bimbang kepada aktres jelita Maya Karin. Maya akan muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) bergandingan dengan Farid Kamil.

Menurut Maya, jalan cerita kali ini tertumpu pada kisah percintaan tiga pasangan termasuklah wataknya bersama Farid. Jadi tentunya banyak adegan intim antara mereka.

Baru-baru ini menerusi nota dalam Instagram milik Diana, pelakon itu mempersoalkan kenapa dalam banyak-banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya juga yang dimuat naik ke laman sosial.

BACA: Farid Kamil Mohon Semua Maafkan Diana Danielle, Perkara Biasa

Tindakan Diana itu mendapat pelbagai reaksi ramai peminat. Ada yang terus melabelkan Diana sebagai cemburu buta kerana dia juga merupakan seorang pelakon maka seharusnya dia memahami keadaan tersebut yang menjadi tuntutan kerja.

Mengulas mengenai isu tersebut Maya berkata, dia tidak takut atau bimbang. Sebaliknya sebagai seorang pelakon dia bersikap profesional dan sentiasa tahu akan batas-batas pergaulan mahupun tuntuntan menjayakan satu, satu watak.

“Sudah tentu setiap hero saya, saya berpengangan. Tapi itu semua atas dasar kerja dan untuk menjayakan watak. Dan saya tak pernah melampui had. Jadi saya tak rasa takut (tentang isu Diana tidak puas hati)“, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ‘Lagenda Budak Setan 3‘ (LBS3) dan Kad Amal Redbox bertempat di Redbox Sogo, Kuala Lumpur, semalam.

Tambahnya lagi, lakonan kali ini memerlukan penjiwaan emosi yang sangat banyak.

“Watak saya memang banyak bernain dengan emosi dan perlu banyak menangis. Tak saya nafi watak kali ini buatkan saya penat,” katanya.

Selain Maya dan Farid, filem arahan Sharad Sharan itu turut dibintangi oleh Bront Palarae dan Akim Ahmad. ‘LBS3‘ akan ditayangkan pada September depan. Perkembangan lain, Maya juga sedang menantikan tayangan dua filem lakonannya iaitu ‘Juwanita‘ dan ‘Nota‘. Selain itu, dia sekarang mula mempunyai hobi baru iaitu aktiviti sukan polo. (rtky/fr)