fbpx

Malique Ucap Tahniah Kepada Joe Flizzow, Nafi Punyai Akaun Media Sosial

Walaupun masih aktif menulis dan menerbitkan karya untuk hiburan kita semua, Malique Ibrahim atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Malique Too Phat masih misteri dan enggan untuk muncul di mana mana media untuk ditemuramah atau tujuan publisiti.

Baru baru ini, Malique menerusi laman rasmi syarikat beliau iaitu Qarma Musiq mengeluarkan satu kenyataan menjawab ringkas beberapa isu yang berkait secara langsung dengan dirinya termasuklah pembabitan dalam lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow.

BACA: Joe Flizzow Dan Sona One Tampil Kejutan Besar Di Pentas AJL 29 Dengan Apa Khabar

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow di atas kemenangan di AJL baru-baru ini. Walaupun saya gembira untuk dia, saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menyokong pembabitan saya dalam lagu Apa Khabar”

“Buat masa ini, saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat atau menjawab mana-mana lagu yang dianggap berkaitan dengan saya,” tulisnya.

Malique juga menambah yang beliau meminta semua pihak untuk tidak lagi membabitkan dirinya dengan mana mana aktiviti seni di luar label syarikat rakamannya sendiri iaitu Qarma Music kerana ianya menjejaskan strategi pemasaran juga privasi keluarganya.

Malique Ucap Tahniah Kepada Joe Flizzow, Nafi Punyai Akaun Media Sosial - ROTIKAYA

Dalam kenyataan sama juga, Malique menafikan yang beliau mempunyai akaun di mana mana media sosial sekaligus tenggelamkan khabar angin mengatakan beliau menjawab pertanyaan Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar pada tahun lalu. (rtky/m)