Malique Ucap Tahniah Kepada Joe Flizzow, Nafi Punyai Akaun Media Sosial
Walaupun masih aktif menulis dan menerbitkan karya untuk hiburan kita semua, Malique Ibrahim atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Malique Too Phat masih misteri dan enggan untuk muncul di mana mana media untuk ditemuramah atau tujuan publisiti.
Baru baru ini, Malique menerusi laman rasmi syarikat beliau iaitu Qarma Musiq mengeluarkan satu kenyataan menjawab ringkas beberapa isu yang berkait secara langsung dengan dirinya termasuklah pembabitan dalam lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow.
BACA: Joe Flizzow Dan Sona One Tampil Kejutan Besar Di Pentas AJL 29 Dengan Apa Khabar
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Joe Flizzow di atas kemenangan di AJL baru-baru ini. Walaupun saya gembira untuk dia, saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah menyokong pembabitan saya dalam lagu Apa Khabar”
“Buat masa ini, saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat atau menjawab mana-mana lagu yang dianggap berkaitan dengan saya,” tulisnya.
Malique juga menambah yang beliau meminta semua pihak untuk tidak lagi membabitkan dirinya dengan mana mana aktiviti seni di luar label syarikat rakamannya sendiri iaitu Qarma Music kerana ianya menjejaskan strategi pemasaran juga privasi keluarganya.

Dalam kenyataan sama juga, Malique menafikan yang beliau mempunyai akaun di mana mana media sosial sekaligus tenggelamkan khabar angin mengatakan beliau menjawab pertanyaan Joe Flizzow menerusi lagu Apa Khabar pada tahun lalu. (rtky/m)
Salutes malique..malique ttp paling hebat!!
Malique ketibaan lu memang dinanti nantikan
yes btl amt ditunggu malique
lupakan segala segan dan penat, nanti dipuncak pasti terubat,, i miss you malique…
malique gi mana yerk.malique berhijrah ke arah lebih baik kerana cahaya di atas cahaya ye.tahniah malique
La? Pulak dah?
ni aah, lagu baru malique tulis. ada suara dia dkt hujung je. penyanyi dia shae yg penyanyi indon nyanyi lagu sayang tu. featuring dgn group malique baru sign, nukilan. diorg ni bukan ex fabulos cats ke? apa2 hal pun mmg terbaik. layanzzz….. http://youtu.be/Uukw0k8a3BE
Too phat sila kembali bersama pleaseeeee
Saya merindui Too Phat! Masih peminat Too Phat!! Semua lagu Malique pon best!!!
sape nak too phat ditubuhkan balik angkat tangan! (smbil angkt tgn)…
we miss u whole phat family (joe flizow,malique,dj t-bone)…
Hey Yow Waddup Dawg
Hey bro Marilah kembali dan bangkit dalam diri
Kami Semua Merindui
Kami Semua prihatin
Kami Di sini masih Menunggu jawapan
siul kan alunan Dalam R.A.P , Kami mahu mendengar nya
Rata-ii kata masih menuggu kembalinya
Malique Sebenar
Apa harus Kau tunggu , ekot cara diri sebenar ….
TOO PHAT ! MALIQUE
miss u malique
sumpah teringin nak jumpa