fbpx

Leez Rosli Keguguran, Suami Redha Ketentuan Tuhan

Hari ini, Melodi melaporkna bahawa pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada tahun lepas ini terpaksa menghadapi berita sedih apabila kandungan yang dibawa oleh Leez Rosli keguguran. Selain itu dalam masa yang sama, suaminya, Aepul (Drama Band) redha dengan kejadian tersebut.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Leez Rosli & Aepul

“Kami tak rancang. Saya pun tidak sedar tengah mengandung dan buat aktiviti harian seperti biasa tapi tidaklah sampai jatuh. Bila check dengan doktor, doktor kata memang tidak ada harapan,” jelas Leez kepada Melodi.

Sementara itu, bagi Aepul, dia redha dengan perkara tersebut dan tidak akan berputus asa untuk terus mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi selepas ini.

“Nak ikut masa awal-awal tahu yang Leez mengandung, memang happy tapi bila doktor kata dah keguguran, kami redha. Kita tak akan putus asa. Kena ‘kerja’ lebih kuat lagi,” katanya berseloroh selain turut mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada peminat. (rtky/s)