fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Leez Rosli & Aepul

Tidak salah jika kami katakan yang pasangan ini lebih mendapat perhatian para peminat dunia hiburan selepas mereka berkahwin. Mungkin rezeki mendirikan rumahtangga, Leez Rosli dan Aepul (Drama Band) yang semakin popular kini akan mendapat lebih tawaran kerja.

Selamat bernikah pada bulan Disember 2014 yang lalu, pasangan ini telah melangsungkan resepsi perkahwinan mereka yang pertama pada hujung minggu lalu.

BACA: Leez Rosli Ambil Keputusan Untuk Pakai Hijab Penuh Selepas Berkahwin

Melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Leez Rosli dan Aepul sendiri menerusi akaun sosial masing masing, nampak kemeriahan resepsi perkahwinan mereka yang turut dihadiri oleh rakan rakan artis dan teman yang rapat.

Mengenakan persalinan serba biru, pasangan pengantin baru ini memang tampak sepadan. Kita doakan kebahagiaan pasangan ini berkekalan selamanya. Berikut merupakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m)