fbpx

Kerana Isu ISIS, Nora Danish Pasang Bodyguard

Sebelum ini negara dikejutkan apabila sekumpulan pemberontak yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘isis malaysia 69’ telah mengugut pelakon Nora Danish untuk membunuh dan sebagainya. Disebabkan perkara itu dan memikirkan keselamatannya Nora Danish kini lebih selesa sekiranya ditemani kekasihnya, Nedim untuk ke sebarang majlis atau sewaktu menjalani penggambaran.

BACA: Nora Danish Labur RM100,000 Buka Kafe, Jual Jubah

“Sekarang ini saya bawa dia sebagai langkah penjagaan. Kalau saya menjalani penggambaran dia akan teman saya itu adalah sebagai langkah yang berjaga-jaga. Kira macam ala-ala ‘bodyguard’,” katanya sambil berseloroh.

Dalam pada itu, Nora turut menjelaskan bahawa mereka berdua kini masih belum merancang sebarang majlis perkahwinan tetapi mahu ke arah itu. Apa yang membuatkan mereka masih belum bersedia adalah disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya.

“Kami masih belum merancang tetapi kami memang mahu ke arah itu. Cuma masing-masing sibuk dengan dengan kerja yang terlalu padat,”katanya yang ditemui di majlis tayangan Filem ‘Suami Aku Ustaz’.

Tambahnya lagi, Nedim seorang lelaki yang tidak kuat cemburu dan menerima kerjayanya sebagai pelakon. Malah Nedim juga tidak kekok apabila berhadapan dengan peminat Nora dan tahu untuk menyesuaikan keadaan.

“Dia okay, mungkin kehidupan dia yang sebelum ini ada bekas kekasih yang dikenali jadi sudah biasa dengan keadaan ini. Alhamdulillah juga kerana dia tidak kuat cemburu dia faham kerjaya saya sebagai pelakon, sebab itu kami agak lama sebab dia faham,” katanya.

Sekiranya Nora berkahwin dengan Nedim dia memberitahu dia akan cuba untuk memperlahankan karier lakonannya dan ingin memberikan keutamaan pada keluarga dan bisnes. Kegagalan rumah tangganya yang pertama dijadikan pengajaran untuk memperbaiki hubungannya di masa depan.

“Walaupun Nedim tak kisah untuk berlakon dan dia faham akan kerjaya Nora, tetapi seboleh-bolehnya Nora sendiri sebagai isteri nanti, berfikir kali ini kalau kahwin nak perlahankan karier lakonan, dan memberikan fokus kepada keluarga dan bisnes,” tambahnya lagi.

Buat peminat semua, Nora Danish bakal muncul dalam filem terbarunya berjudul ‘Suami Aku Ustaz’ bersama-sama pelakon Ady Putra, dan Izzue Islam pada 14 Mei ini. (rtky/hfz)