fbpx

Keluarga Akim Ahmad Terima Stacy, Belum Rancang Kahwin

Sebelum ini kecoh seketika mengenai isu Akim Ahmad dan juga Stacy melibatkan perkara sensitif berkaitan agama. Apa pun, di sebalik perkara tersebut, keluarga kepada kedua-dua belah pihak ini sentiasa positif.

BACA: Stacy Kali Pertama Berpuasa, Akim Beri Sokongan

“Semuanya positif, baik dari sebelah saya termasuk keluarga Stacy. Jadi, tidak ada apa-apa isu berlaku antara keluarga kami. Alhamdulillah, keluarga boleh terima Stacy. Tetapi, seru itu (kahwin) belum sampai lagi”

“Kalau sudah ada seru, Insya-Allah. buat masa sekarang tidak kot. Kita berkawan dulu macam biasa dan masih belum lagi memikirkan peringkat seterusnya. Mana tahu tahun depan? Rezeki dan jodoh bagi saya adalah suatu benda yang saya tak tahu nak terangkan,” katanya kepada BH Plus.

Malah Akim dalam masa yang sama turut menyatakan rasa gembiranya kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama selain turut mengenakan pakain yang sedondon. (rtky/s)