fbpx

Stacy Kali Pertama Berpuasa, Akim Beri Sokongan

Mengakui kali pertama berpuasa, Stacy memjelaskan bahawa bersahur dan berbuka puasa sememangnya memberi nikmat berbeza buatnya. Sehingga kini, Stacy sudah berjaya berpuasa selama dua hari.

BACA: Akim Ahmad Sedia Bimbing Stacy Dalami Islam

“Buat kali pertama saya belajar untuk berpuasa. Lain rasanya perasaan apabila berbuka setelah seharian berpuasa. Tetapi setakat ini saya baru dapat berpuasa selama dua hari saja kerana faktor kesihatan kurang mengizinkan. Batuk dan selesema pula”

“Saya turut berkunjung ke rumah Akim untuk berbuka puasa bersama ibu bapanya. Jika ada jodoh antara saya dan Akim…adalah. Lagipun puasa juga dapat membantu dari segi kesihatan juga,” kata Stacy yang turut menyatakan ibadah puasa memberi nikmat berbeza buatnya.

Selain itu, Stacy memberitahu bahawa kekasihnya itu juga banyak memberi dorongan dan sokongan serta bersabar menjalani ibadah puasa. Apa pun tahniah Stacy kerana sudah berjaya berpuasa. Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan. (rtky/s)