fbpx

“Jika Ayah Restu, Esok Juga Saya Kahwin”

Tidak ada apa yang lebih menggembirakan bagi peminat setia Emma Maembong dan juga Kamal Adli daripada mendengar sendiri bahawa mereka mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, Emma menjelaskan melalui BH Plus, segalanya terletak pada restu bapanya yang dipanggil ayoh.

BACA: Amyra Rosli Nafi Bermasam Muka Dengan Emma Maembong

“Saya adalah antara anak yang paling rapat dengan ayoh. Mungkin dia melihat saya belum bersedia untuk berkeluarga. Ini kerana di matanya, saya masih lagi anak kecil”

“Kamal faham situasi itu… Dia bersedia menanti restu dari ayoh. Jika diberikan restu, esok juga saya akan berkahwin. Saya yakin, ayoh lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak perempuannya ini,” jelas Emma kepada BH Plus.

Semoga ayah Emma akan cepat-cepat bagi restu dan dipermudahkan segala urusan dalam membina keluarga baru. Peminat pun tidak sabar-sabar menantikan berita gembira buat pasangan ini. (rtky/s)